Hari yang di tunggu-tunggu sudah pun tiba, tak lena tidur dibuatnya.Hari yang bersejarah dan akan memahatkan kenangan tak dapat dilupakan.Ku sangka panas di tengah hari akan berpanjangan, tapi hujan pulak petang nie….. ah pegilah ujan, ku tak sabar untuk mengayuh esok nie. Macam tak dihirukannya kita nie, sampai ke malam pulak tu. Kedinginan malam dengan suhu diatas paras beku (15 degree je), tak terasa sejuknya.Ku mundar mandir didalam bilik. Sang basikal telah pun ku polish sampai calar tu, demi untuk mengayuh esok. Kalau nak cerita banyak lagi nie…….kao orang tak keje pulak kang….. drawing ntah kemana pensil ntak kemana….Baik aku pendekkan cita….kan kan kan kan.
Penulis menginap di Tanah Rata, Cameron.sebilik rm80 je utk single bed,tapi aku sewa double bad, sebab bawa family,rm150.
Kegembiraan terbayang setiap wajah group kami dari kanan, wak azri,Shukor,Sahibul,Faiz,Azmin,penulis,Jufri dan wak zamri. |
Menurut kata Shukur perjalanan kita sejaug 43km dan paras ketinggian plusminus 2000m.Kami bermula pada pukul 9 on the dot. Kami mulakan kayuhan dengan bacaan doa(sendiri sendiri doa) sebab semuanya belum reti jadi imam.
tahap kesabaran tetap kami tanam dalam lumpur tu. Jauh lagi nie…..arhhhh rasanya nak balik semula nie….
tapi baru start, tak adventure pulak kang.
tak sah kalau berjalan jauh, tanpa kerosakkan.kali nie giliran faiz putus rantai.nasib baik kami sudah bersediap dengan peralatan yang diperlukan. |
Jam menujuk nak dekat kul 12 tengah hari, kami baru sampai di Sekolah Orang Asli Menson,
ramai kanak2 melihat team kami dengan kehairanan, dok tanya ada coklat tak, roti ke?
Rasanya mungkin cycler yang melalui kawasan perkampungan nie, telah meyogoknya dengan coklat. Penulis punya coklat cukup2 untuk sampai ke puncak BOH.
Memang betul lah, jauh perjalanan luas pengalaman, lagi dalam kita melewati hutan belukar lagi dalam kepayahan yang kita tanggung. Mana nak dapat pengalaman nie….Kalau tak pegi……betui betui betui kata orang Perak.Hairan pulak aku,mana perginya kubur Thomson tu….dah jauh kami meredah hutan belantara nie…
Sempat juga kami mandi di air terjun, kepenantan kami terubat juga akhirnya. 'aku pun nak juga' kata wak Zamri.
Semua asyik membelek jam ditangan, rosak ke? aku bertanya dengan sopan. Dok eh….jauh lagi ke? Bertanya dengan serentak seramai 8 orang kumpulan kami.
Nasib baik aku makan power jel tadi, abang Kur tertinggal di belakang.view menunjukkan background ladang BOH
Penulis dengan BANGGAnya, menunjukkan tanda UMHH kerana telah Berjaya menawan puncak BOH dengan ketinggian 1966m dari paras laut.
7 gunung telah ku daki, 7 lautan ku renangi.
peta menunjukkan kayuhan group kami |
Dengan ini tercapailah impian basikal ku untuk menunjukkan kehandalannya.
Sekian temekaseh…..jumapa lagi, penulis boleh tidur lena…kenapa tak ujan, orang tengah tunggu dia….
No comments:
Post a Comment